Aku tak tahu kenapa. Tapi yang pasti, aku amat fatigue. Fatigue sangat. Terkadang aku rasa macam nak lari dari bumi Malaysia ni. Tapi, tiap kali aku nekad, abangku menjadi penghalang. Dia sentiasa mengingatkan aku untuk berdepan dengan masalah. 'Jangan lari' katanya. Yes, i do realize it. Sebagai seorang insan kamil, aku sedar tuhan memberikan aku dugaan ini berdasarkan tahap kemampuan aku. Dia sekadar nak menguji bagaimana kita menghadapi dugaan yang dia turunkan dengan harapan kita kan lebih sedar dan menginsafi segala perbuatan lampau kita dan lebih mendekatkan diri padaNya. Namun begitu, aku sendiri musykil. Musykil kerana setelah semua yang terjadi, aku masih seperti dulu. Aku masih dengan tabiat lamaku.
Harini aku ke library. Cadangnya nak siapkan assignment const. tech. Dah berbondon-bondon buku aku ambil dari rak, tapi, takde satu pun yang aku kira menepati apa yang aku perlukan. Menurut Pn. Farhan, assignment ni kena submit Rabu siap dengan presentation sekali. Tugasan kali ni melibatkan kepakaran kami sebagai design team untuk mencadangkan floor finishes yang sesuai untuk kediaman mereka dan mengikut bajet yang telah ditetapkan. Agak mencabar sebenarnya. Bukan senang nak cadang sesuatu kemasan tu. Silap-silap kat dalam bilik air pun pakai timber parquet jugak. Alamatnya, reput lah lantai bilik air client tu.
Dalam kesibukan aku ni, kadang-kadang aku tetap rasa sunyi. Aku teringat masa aku masih menjadi kekasih dia. Kalau dulu, ketika aku rasa stress yang melampau, dia akan cuba sedaya upaya untuk menceriakan aku, cuba untuk menghilangkan stress aku. Dia sentiasa baik dengan aku. Mencari titik-titik yang boleh membuatkan aku kembali tersenyum. Itu semua dulu. Sekarang dia sedang berbahagia dengan orang baru. Aku? Aku masih single. Masih mencari salahku yang membuatkan kami terputus di tengah jalan. Sedang aku mencintai dirinya sepenuh hati, dia pergi mencari pengganti yang aku kira tidak menyintainya seperti mana aku lakukan. Susah untuk aku gambarkan perasaan aku tika ini. Amat berat dan perit untuk aku melupakan segala memori kami. Tidak adil bagiku sebenarnya yang kesedihan sedangkan dia bergembira di luar sana. Walaupun aku tahu aku tak mampu untuk menipu diri sendiri dan seringkali air mata aku ni tumpah bila melihat kelibat dia dan kekasih barunya itu, namun, aku tetap jugak nak memandang ke arah mereka. Aku rindu masa-masa kami berdua bergelak ketawa dan berbual bersama. Dan setiap kali aku sedih, aku cuba untuk melupakan segala memori itu dengan menyibukkan diri dengan assignment yang berlambak-lambak. Secara jujurnya, aku dapat melupakan masalah itu sebentar. Tapi, ia akan timbul semula tiap kali aku ternampak kelibat atau tercium bau minyak wangi yang sering dia pakai. Member-member aku yang lain dah penat dah memujuk dan menasihati aku untuk melupakan lelaki ini. Tapi, jiwa ini tegar untuk melupakan walau sekelumit pun mengenai lelaki ini. Masakan tidak, dialah satu-satunya yang benar-benar berjaya menambat hati aku yang amat sukar untuk dipetik oleh orang lain. Aku kecewa sangat dengan sikapnya yang habis madu, sepah dibuang. Lagaknya seperti dia tidak menghargai insan yang sememangnya benar-benar menyintai dirinya sepenuh hati. Entahlah.. Namun yang pasti, aku sedang cuba sedaya-upaya untuk melupakan lelaki ini. Itu yang pasti!
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment